Archive for the ‘makan’ Category
Ikan Bakar Umbai…
Agak mengecewakan ikan bakar kat sini… Wahai penunggu-penunggu gua di Melaka, kat mana lagi tempat ikan bakar yang mantap… huhuhu
aduyai…!
Perhentian Kueh Kampung…
SMS rakan yang berada di Melaka… Beliau memberikan gambaran lokasi tempat-tempat makan yang menarik di Melaka terutamanya asam pedas… Gambaran terlalu umum… Jadi aku pun tak la berusaha untuk mencarinya huhuhu (jgn marah ar)… Skali abang aku bawa satu kedai ni… Menurut parent aku, bingka ubi nye amat sedap…
Yang lainnya memilih untuk mencuba set asam pedas…
Fuuh memang sedap beb… Kedai ni kat area Ujong Pasir… Dlm GPS pun ada… Sebelum balik ke KL, kami singgah skali lagi nak beli bingka ubi… Tapi apakan daya, dah abis la plok… Kempunan sungguh…
aduyai…!
Ganu Kite Lagi – Ikan Bakar Bawah Jambatan
Sebelum…
Selepas…
4 pinggan nasik, 5 jenis minuman dan 3 ekor ikan bakar = RM50 hengget! Kalau tau murah, nescaya akan kutambah 2-3 ekor ikan lagi…
aduyai…!
Ganu Kite Lagi – Air Buah Gelas Besar
aku ke terengganu lagi…
ketemuin jua gerai air buah gelas besar ni…
memang besar-besar gelas dia…
cuma sedap melayan minum sampai lupa nak amik gambar…
aduyai…!
Ganu Kite I…
11 pagi dari kolumpo…
Bhenti makan kt temerloh…
Apa lagi ikan patin gulai tempoyak laa! Amat layan…
6 petang sampai kuala terengganu…
Bhenti makan kt area batu buruk…
Nasi ayam yunnan special lagi…
Check in bilik…
Malam tak kuar, kononnya nak tengok badminton all england…
tapi badminton all england yang tengok aku… Zzzz kroh Zzz kroh…
aduyai…!
*p/s gambar akan diupdate kemudian ye huhuhuhu
Gumbira dalam keciiiwa…
7.45 pagi tadi aku gerak ke Temerloh ada urusan kerja. Singgah di Genting Sempah untuk sarapan. Makanan agak kureng. 9.55 pagi sampai pekan Temerloh dan dalam 10.05 pagi mula presentation. Penerimaan yang baik. 10.40 mula pencarian aku mencari kedai makan yang sedap di pekan Temerloh tapi hampeh… Singgah di satu kedai tu, aduyai… Dari selera nak makan terus jadi tak selera… Aku pun tak tau macam mana aku boleh masuk kedai tu, kotor tu… Aduuuh… Menyesal…. Maka dengan keciiiiwaa aku gerak balik ke KL.
12.20 tengahari aku sampai Damansara Utama, settlekan hal dalam 15 minit dan bergerak ke Kajang untuk satu lagi urusan.
Kesimpulannya outstation kali ni gumbira dengan hasil presentation tapi keciiwa dengan makanan…
aduyai…!
Apam dan karipap
Di satu sudut di sebuah bilik…
Penghantar teks : Geng, wa ada citer nk bagitau… Esok kita jumpa eh. Ni plg dkat la kita nk try, n mmg relate dgn bidang lu.
Pembalas teks  : Worite! Kita bincang sambil mkn apam dan karipap k.
Penghantar teks : Lucah shiaal…
Pembalas teks   : Hmm…
Salah ke aku balas macam tu? Kan ke hari ni opis ada buat open house (atau open office) dan apam dan karipap turut disediakan…
Macam-macam pemikiran orang sekarang ni…
aduyai…!