Archive for the ‘keluarga’ Category

Selamat Hari Jadi Mak…

Selamat hari jadi mak…
Semoga panjang umur, sihat, ceria, dan bahagia…

Minta maaf sebab tak sempat nak beli hadiah, balik kampung nanti saya bagi k…

Kalau gf (dolu) cepat je beli hadiah… Apa nak jadi dengan bebudak zaman sekarang ni… (aku ler tu…)

aduyai…!

Advertisements

Kenduri Kahwin Saudaraku…

bunga telur zaman sekarang
Aku menemani mak abah dan pakcik makcik aku ke umah kenduri. Mak aku cakap kenduri along… Along? Aku pun tak tau sapa Along tu dan tak bertanya dengan lebih lanjut siapa dia… Dalam kepala aku berharap kenduri tu akan berkonsepkan hidangan bukannya buffet… Tapi ternyata meleset sama sekali…

Sementara menunggu mak abah berbual mesra dengan keluarga pihak pengantin, aku bertanya kepada pakcik aku siapa along ni… Maka panjang lebar la pakcik aku citer… Siap susur galur lagi… Hish ternyata hancur lebur aku ni bila part susur galur keluarga sendiri…

Samada kita sedar atau tidak, kenduri dan hari raya sahaja la tempat kita berkumpul dan bertemu sanak saudara… Hari-hari lain semuanya sibuk dengan urusan masing-masing… Keluarga belah mak aku, aku kenal la jugak… Belah abah aku, hancusss… Pernah satu kenduri tu, aku diperkenalkan dengan sepupu abah aku, umur sepupu abah aku tu dah 40an dan ini bermakna dah 40 tahun lebih aku baru berjumpa dengan sepupu abah aku tu… Fuuuh…

Bila sendirian ni terfikir gak kesilapan aku dulu-dulu… Ye la bila mak abah ajak gi kenduri kawin saudara tak nak pergi… Malas la… Itu laaa… Ini laa… Hah sekarang saudara mara sendiri pun dah tak kenal… Kang termengorat, terbergaduh dengan saudara sendiri baru tau…

aduyai…!

Balik Kampung…

Jumaat lepas aku balik kampung… Pukul 10 malam bertolak dari KL. Perjalanan ok walaupun sedikit mengantuk… Sampai kampung dalam pukul 1.00 pagi, abah mak dah tidur… Aku telefon abah minta buka pintu…

Abah buka pintu dan aku terkejut tengok abah aku dah kurus dan muka nampak masih penat…

Pagi masa sarapan aku berbual dengan mak abah, berat abah turun 8 kg dan semasa di Tanah Suci abah tak berapa selera, ditambah lak batuk dan sehingga entri ni ditulis abah masih tak lalu makan…

Aku doa dan berharap kalian juga mendoakan kesejahteraan mak abah aku…

Hmm abah aku lebih kurus daripada aku…

aduyai…!

3 Jam 20 Minit Lewat…

 

3.00 pagi

3.00 pagi


Alhamdulillah aku baru je balik dari KLIA, mak abah selamat sampai ke tanah air. Cuma nasib baik dapat maklumat awal ketibaan lewat, jadi tak la terjebak menunggu lama kat sana. Ikutkan jadual 10.40 malam tetapi kapal terbang mendarat dalam pukul 2.00 pagi… Apapun yang penting semuanya selamat, sihat dan ceria…

Ooh ye satu perkara yang aku perasaan ramai yang terlupa di mana mereka parking kereta. Aku lak ingat kat mana aku parking kereta tetapi tersilap medan letak kereta lak, parking kat medan C TERpergi ke medan A & B… Jenuh jugak la dibuatnya…

aduyai…!

Selamat Kembali Ke Tanah Air…

jadual ketibaan

Rombongan pertama Haji selamat menjejakkan kaki di bumi Malaysia… Esok mak bapak aku pun akan pulang… Selamat kembali diucapkan kepada semua rakyat Malaysia yang menunaikan haji di Tanah Suci.

Sepanjang mak bapak aku kat sana, ada la gak dia orang telefon, tapi bila letak jer baru teringat nak pesan doakan aku cepat dapat jodoh… Hish memang tak sampai seru lagi tu…

aduyai…!

Nurul Iman Sufia 6 Bulan Sudah…

iman

Lahirmu bak kanvas putih, akan kulukis menjadi karya yang agung!

Hanya pandai lukis orang lidi…

aduyai…!

Lambaian Baitullah…

Petang tadi aku menghantar mak bapak aku ke tabung haji di kelana jaya…
Yapz, mereka akan menunaikan fardu haji…

Semoga semua jemaah haji yang menunaikan rukun Islam kelima ini mendapat haji mabrur…
Amin…

Hmm lupa nak pesan kat mak aku supaya doakan aku dpt jodoh…

aduyai…!