Archive for November 2008|Monthly archive page

Abang La dan Pakcik La…

Suatu hari di negara Eropah diadakan satu pertandingan iaitu menahan bau di dalam sebuah bilik kecil yang di dalamnya dimasukkan 10 ekor kambing.

Peserta pertama dari Amerika..
Baru 3 minit dia sudah keluar sambil muntah-muntah.

Peserta kedua dari Jepun..
Baru 10 minit dia sudah pengsan.

Peserta ketiga dari Afrika,
Baru 30 minit dia terus keluar dan muntah-muntah.

Terakhir peserta dari Bangladesh.. .
Baru 1 minit… 10 kambing itu keluar dan muntah-muntah.

Patut la ari tu aku terasa nak muntah bila kedai runcit dekat area umah aku dipenuhi abang la dan pakcik la…

aduyai…!

Advertisements

Aku juga serba kekurangan…

Bos Besar : Mana laporan prestasi staff ko? Dah seminggu aku mintak, tak bagi-bagi!

Aku : Aku tak mampu! Aku juga serba kekurangan dan banyak kelemahan.

Bos Besar : Tapi itu adalah salah satu tugas ko! Nak tak nak ko kena buat!

Bosan. Rimas. Serba salah. Benci bila manusia perlu menilai manusia. Kenapa la aku boleh terjebak dalam benda-benda macam ni!

aduyai…!

Petai dan durian…

udang-masak-petai

Sedap sungguh makan sambal udang masak petai…!
Otw balik dari kedai makan, teringin lak nak makan durian…!

Kesudahannya…
Kencing bau petai, sendawa bau durian…

aduyai…!

Aku nak muntah…

image072

Opis tingkat 5.
Lif rosak.
Naik tangga.
Aku nak muntah.

aduyai…!

2 Jam Sebelum Bengkel Berakhir…

abstrac

Wahai tanduk, kenapa telinga aku dipulas?

Oh nila, kenapa kau rosakkan susu itu?

aduyai…!

Gumbira dalam keciiiwa…

image099
7.45 pagi tadi aku gerak ke Temerloh ada urusan kerja. Singgah di Genting Sempah untuk sarapan. Makanan agak kureng. 9.55 pagi sampai pekan Temerloh dan dalam 10.05 pagi mula presentation. Penerimaan yang baik. 10.40 mula pencarian aku mencari kedai makan yang sedap di pekan Temerloh tapi hampeh… Singgah di satu kedai tu, aduyai… Dari selera nak makan terus jadi tak selera… Aku pun tak tau macam mana aku boleh masuk kedai tu, kotor tu… Aduuuh… Menyesal…. Maka dengan keciiiiwaa aku gerak balik ke KL.

12.20 tengahari aku sampai Damansara Utama, settlekan hal dalam 15 minit dan bergerak ke Kajang untuk satu lagi urusan.

Kesimpulannya outstation kali ni gumbira dengan hasil presentation tapi keciiwa dengan makanan…

aduyai…!

Sardin dan ikan bilis…

Lama aku termenung kat kedai makan, tak tau nak makan apa… Yang pasti aku teringin nak makan sardin dan ikan bilis goreng. Yaa… sardin dan ikan bilis goreng pasti mampu membuka selera aku…

img_2438
ikan-bilis-mayang-bawang-lada

Masa sakit ni la mengidam nak makan itu ini lak… Macam budak-budak la plok..

aduyai…!

Demam…

Slimut jgn x slimut.
Kang jadi mcm aku payah.

Dah sihat?

Terima kasih rakan dan rakan. Sms yang cukup bermakna. Aku memang jenis yang susah nak demam. Tapi bila sekali demam… Aduyai…! Punya la lama nak baik. Perkara yang aku lakukan untuk bagi cepat baik ialah berselubung dalam selimut, memakai baju tebal dan stokin. Bila bangun je badan berpeluh dan sedikit kebah.

Harap esok pagi aku baik sepenuhnya kerana banyak keja menanti…!

aduyai…!

Quantum of Solace…

007_1
I want you back
I never left

Aksi-aksi mencemaskan di darat, di laut, di udara… Tumbuk menumbuk, tembak menembak, kring kring kring… Handphone berbunyi. James Bond masih lagi bergelut, tak jawab phone, tiba-tiba…

Ya… Ya… Ok ok… Boleh… Tarak hal… Nanti aku call balik…

aduyai…!

Warung Saga…

Semalam aku ke Johor Baharu, ada urusan kerja. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik. Sebelum balik, rakan mengajak singgah di sebuah warung. Warung Saga. Unik dan menarik. Warung ini dipenuhi dengan gambar-gambar lama kerabat diRaja, pemimpin-pemimpin negara, dan yang paling menarik perhatian aku ialah gambar-gambar artis era Allahyarham P.Ramlee.

image0781
image083
image081

Ooh ye makanan kat sini sedap-sedap gak…

Hidangan pertama

Hidangan pertama

Hidangan kedua

Hidangan kedua

Hidangan ketiga

Hidangan ketiga

Fuuh… Sedap memang sedap… Rakan aku cakap sate pun sedap, tapi ari tu tak jual lak… Kalau tak… Makan lagi…

aduyai…!