Archive for the ‘duit’ Tag

Aku Dapat SMS, Dia Terima Email…

Ini sms yang aku terima…

“SHELL PROMOSI’
Tahniah kard sim
Anda tlh di Pilih
Bertuah Meraih
HADIAH UTAMA
dr Shell.Sdn.bhd.
RM15,000.00
Sila dail ditalian
0145522997
TQ.

Aku tak call tetapi membalas sms itu dengan maki hamun… Geram punya pasal…

email
Ini pula email yang member aku terima…

Email dari syarikat quicksilvercourierexpress mengatakan ada barang atas nama member aku tetapi tersangkut di Kastam KLIA kerana di dalamnya terdapat duit. Jadi untuk membolehkan barang-barang dan duit tu dikeluarkan, member aku ni kena bayar RM4,460. Dia call minta tolong aku. Aku call syarikat tu tanya macam mana aku nak amik barang tu dan nak bayar duit tu kat sapa? Dia kata dia akan email maklumat. Member aku pun check email, skali dia bagi personal account bank bukannya account bank syarikat, aku dah mula rasa lain macam. Aku pun call la kengkawan yang keje kastam hinggalah ke MasKargo. Menurut pengawai tersebut ini adalah penipuan. Dah banyak kes macam ni… Dan dah ramai yang terkena… Aiiya ini macam pun ada ka?

aduyai…!

Advertisements

Ada beza ke…?

aduyai…!