Archive for Mac 2009|Monthly archive page
Kata Isteri Kawan Aku…
Kata isteri kawan aku: Kehidupan kita ni macam robot… Bangun pagi gi keje, petang balik keje, jaga anak, lahirkan anak dan itulah yang kita lalui setiap hari…
Kata kawan aku: tapi robot tak boleh beranak…
Kata aku: aduyai…!
Berdampinglah Dengan Ku Wahai Si Mambang…
Di manakah dikau…?
Marilah bersama aku…
Aku memerlukanmu…
Idea oooh idea…
Marilah mendampingi aku…
arrrrgggh aku perlukan idea untuk keje aku ni…
aduyai…!
60 Minit Aje…
Jangan lupa ye esok tutup lampu… 830 malam sampai 930 malam aje… Eeeer bagi yang sedang memandu lak macam mana ye?
aduyai…!
Ikan Bakar Umbai…
Agak mengecewakan ikan bakar kat sini… Wahai penunggu-penunggu gua di Melaka, kat mana lagi tempat ikan bakar yang mantap… huhuhu
aduyai…!
Perhentian Kueh Kampung…
SMS rakan yang berada di Melaka… Beliau memberikan gambaran lokasi tempat-tempat makan yang menarik di Melaka terutamanya asam pedas… Gambaran terlalu umum… Jadi aku pun tak la berusaha untuk mencarinya huhuhu (jgn marah ar)… Skali abang aku bawa satu kedai ni… Menurut parent aku, bingka ubi nye amat sedap…
Yang lainnya memilih untuk mencuba set asam pedas…
Fuuh memang sedap beb… Kedai ni kat area Ujong Pasir… Dlm GPS pun ada… Sebelum balik ke KL, kami singgah skali lagi nak beli bingka ubi… Tapi apakan daya, dah abis la plok… Kempunan sungguh…
aduyai…!
Dari Ganu Membawa Ke Melaka…
Kapal Dagang Dari Seberang
Sarat Muatan Kayu Meranti
Dari Jauh Tuan Datang
Orang Melaka Sedia Menanti
Penat lelah ku sebelum ini kulampiaskan di Melaka… Walaupun panas terik mentari menjamah tubuh… Atas semangat cuti-cuti Malaysia yang tinggi kugagahi jua… 3 hari memang tak cukup woo nak pusing Melaka ni… Banyak tempat menarik… Sempat jugak aku menyelit menyelesaikan urusan keje kat Melaka…
aduyai…!
Ganu Kite Lagi – Ikan Bakar Bawah Jambatan
Sebelum…
Selepas…
4 pinggan nasik, 5 jenis minuman dan 3 ekor ikan bakar = RM50 hengget! Kalau tau murah, nescaya akan kutambah 2-3 ekor ikan lagi…
aduyai…!
Ganu Kite Lagi – Air Buah Gelas Besar
aku ke terengganu lagi…
ketemuin jua gerai air buah gelas besar ni…
memang besar-besar gelas dia…
cuma sedap melayan minum sampai lupa nak amik gambar…
aduyai…!
Ganu Kite III…
Hari terakhir sebelum balik ke KL, aku gi seberang takir, di sini kepok lekornye amat pemes… kalah pemes ames tau…
memandangkan aku dh mula bosan, so aku pun minta member gantikan dan bermula acara seterusnya…
Sekali lagi aku terklimaks awal… Aku dah malas menunggu… Next time aku telefon dulu… Booking awal huhuhu
aduyai..!
Ganu Kite II…
semangatku yang berkobar telah klimaks dengan begitu cepat
gara-gara melihat dewan yang bakal menjadi tempat suatu majlis
dalam keadaan huru-hara, kotor, berselerak…
semangatku yang berkobar telah klimaks dengan begitu cepat
gara-gara melihat sikap ambil mudah, cepat siap cepat balik…
semangatku yang berkobar masih belum mampu bangun
walaupun telah kuminum air tongkat ali cni
tidak lupa juga kopi jantan
namun semangatku yang berkobar terus lesu
tiada nafsu
mungkin aku tidak sehebat kamu semua
mungkin aku juga tidak setenang kamu semua
oooh semangatku yang berkobar telah klimaks dengan begitu cepat
aduyai…!