Archive for the ‘kampung’ Tag

Amat sesak…

Highway jammed
Jalan biasa jammed
Jalan shortcut jammed

Aku tengah berhenti rehat selepas mengharungi hampir sejam setengah dari Sri Petaling menuju ke Bukit Antarabangsa…
Perjalanan seterusnya adalah sebuah perkampungan yang indah di Perak…
Memandangkan jammed ya amat, maka aku nak tido dulu, 2-3 pagi baru gerak balik kampung…

aduyai…!

Advertisements

Balik Kampung…

Jumaat lepas aku balik kampung… Pukul 10 malam bertolak dari KL. Perjalanan ok walaupun sedikit mengantuk… Sampai kampung dalam pukul 1.00 pagi, abah mak dah tidur… Aku telefon abah minta buka pintu…

Abah buka pintu dan aku terkejut tengok abah aku dah kurus dan muka nampak masih penat…

Pagi masa sarapan aku berbual dengan mak abah, berat abah turun 8 kg dan semasa di Tanah Suci abah tak berapa selera, ditambah lak batuk dan sehingga entri ni ditulis abah masih tak lalu makan…

Aku doa dan berharap kalian juga mendoakan kesejahteraan mak abah aku…

Hmm abah aku lebih kurus daripada aku…

aduyai…!