Baru Kutahu…

bahasa isyarat
Minggu lepas aku mengikuti kursus asas bahasa isyarat…
Kursus diadakan selama 5 hari…
Sepanjang kursus baru aku tahu rupanya bahasa isyarat setiap negara mempunyai kelainan…
Ini kerana perbezaan budaya, cara hidup dan lain-lain lagi…
Bagi Malaysia dahulunya kita menggunakan American Sign Language, sekarang kita mempunyai bahasa isyarat kita sendiri iaitu Malaysia Sign Language…
Dan baru kutahu juga bahasa isyarat ini juga mempunyai loghat… Sebagai contoh di Kelantan bahasa isyarat agak berbeza…

Terkesan dengan salah satu sesi apabila penceramah mengatakan…
‘Apakah perkara pertama yang dilakukan apabila menyambut anak lahir?’
‘Azan atau qamat’, serentak jawapan dari peserta
‘Tapi kami tidak dapat lakukannya…’, balas penceramah…

aduyai…!

7 comments so far

  1. naj on

    teringin gak gi kursus cm tu…
    ape kaitan kursus tu dengan unit anda yek.heheheh

  2. syirfan on

    Tahniah!

    Pasti akan kebaikanya suatu hari nanti…

  3. Indrasakty on

    Jadi penceramah itu berceramah dalam bahasa isyarat?

  4. oney on

    saudara lelaki yang lain kan ada.
    amboi.. dah advance pikir sampai sanun yek Gerek.
    caya lah..😀

  5. isnsuhada on

    salam…ajarlah plak kat aku wehh…

  6. Bayan on

    Saya telah belajar bahasa isyarat setahun yang lalu. Tapi jarang praktikkan. Bila dah ada kawan baru seronok nak komunikasi dalam bahasa ini.

    Tidak kisah apapun latar belakang dan pekerjaan anda, bahasa isyarat penting untuk dipelajari oleh semua rakyat kerana di luar sana, ramai warga bisu-pekak yang memerlukan bantuan kita untuk urusan dengan pihak-pihak lain.

  7. gerektua on

    naj:
    amat banyak… sedara pun kena cuba belajar…

    syirfan:
    insyaAllah…

    indrasakty:
    yapz… hari pertama ada jurubahasa… hari seterusnya tak ada… bila tak faham penceramah akan eja simbol tu…

    oney:
    kuang kuang kuang…

    isnsuhada:
    boleh jer tapi asas je la huhuhu

    bayan:
    yapz btul tu cik bayan… ni tgh bfikir2 nak sambung tahap advance plak…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: