Archive for Oktober 2008|Monthly archive page

Dan pemenangnya…



Alor
Kejora
Alor
Kejora
Alor
Kejora
Alor

Dan pemenangnya…

ALOR!!!

Skali skala TERjeling alor dada…
Fuh, menambah dosa yang sedia ada…

aduyai…!

Ada beza ke…?

aduyai…!

Terima kasih matahari…

Minggu ni matahari melimpahkan cahayanya.
Cuaca amat terang. Panas.

Aku tidak balik lewat lagi…
Kawan yang menjadi mangsa banjir sudah kembali bekerja…

Terima kasih matahari…
Kali ini aku balik tak basah hujan, tapi basah peluh…

aduyai…!

Deepavali…

Selamat Menyambut Deepavali kepada rakyat Malaysia yang beragama Hindu dengan ucapan ‘jangan buat kecoh lagi tau.’

aduyai…!

Hasbullah Awang vs B-23 Vietnam…

Foto - Berita Harian

Foto - Berita Harian

Pesta Bola Merdeka 2008 melabuhkan tirai…

Vietnam menewaskan Malaysia menerusi penalti 6-5…

Aksi-aksi sepanjang 120 minit permainan tidak menarik sangat perhatian aku…

Sebaliknya suara latar daripada Haji Hasbullah Awang mendominasi perlawanan akhir tu…

Aku dibesarkan dengan suara itu setiap kali menonton acara-acara sukan penting negara…

Gaya komentarnya kadangkala boleh pecah perut gelak, tapi yang pasti padat dengan infomasi..

Malam tadi Malaysia kalah, tetapi Haji Hasbullah Awang adalah ‘Man of The Match’…

Semoga Haji Hasbullah Awang akan terus menyumbangkan suaranya walaupun tidak mendapat pengiktirafan dan penghargaan…

Hmm mungkin jasa beliau belum mencukupi pada negara…

aduyai…!

Gobok baju baru…

Gobok lama yang dah tak cukup ruang...

Gobok lama yang dah tak cukup ruang..

Budget ciput, beli yang macam ni je...

Budget ciput, beli yang macam ni je...

Ok ar, kira cun ar ni...

Ok ar, kira cun ar ni...

tak sampai setengah jam...

tak sampai setengah jam...

aduyai…!

Open house oh open house

Pagi – open house – makan banyak gak…

Tengahari – open house – boleh tahan la makan…

Petang – open house – tak la banyak sangat makan…

Malam – open house – makan sikit jer…

Tengah malam – open house – terpaksa makan gak, jaga hati tuan umah…

Lewat malam – sakit perut = bilik termenung

Subuh – sakit perut = bilik termenung

Pagi – terpacak depan mini market – beli pil chi-kit teck aun – lega skit

Tengahari – open house – risau nak makan – minum je

Petang – open house – takut2 nak makan – minum aje

Malam – open house – teringin nak makan – minum lagi

Sudahnya satu hari aku tak makan…

aduyai…!

Hujan dan banjir…

Minggu ini aku selalu balik lewat…
Bukan kerana banyak kerja tapi hujan yang melanda…
Mengeluh…

Pagi tadi aku menerima mms dari seorang sahabat…

Ada yang lebih teruk aku…

aduyai…!

Mantera beradu…

‘Masuk tempat orang,
Bawa otak bukan pisau…’

Apam dan karipap

Di satu sudut di sebuah bilik…

Penghantar teks : Geng, wa ada citer nk bagitau… Esok kita jumpa eh. Ni plg dkat la kita nk try, n mmg relate dgn  bidang lu.

Pembalas teks    : Worite! Kita bincang sambil mkn apam dan karipap k.

Penghantar teks : Lucah shiaal

Pembalas teks    : Hmm…

Salah ke aku balas macam tu? Kan ke hari ni opis ada buat open house (atau open office) dan apam dan karipap turut disediakan…

Macam-macam pemikiran orang sekarang ni…

aduyai…!