Archive for Disember 2008|Monthly archive page

Kismes…

bangsar village

bangsar village


cineleisure

cineleisure


ikano powercentre

ikano powercentre


midvalley

midvalley


One Utama

One Utama


plaza sungai wang

plaza sungai wang


the gardens

the gardens

Sebenarnya aku tak rancang pun nak gi tempat-tempat membeli belah ni… Gi pun sebab ada nak jumpa kawan, jumpa client, tempat berteduh coz hujan dan lain-lagi la… Terjebak la jugak beli barang tapi bukan kat semua tempat… hehehe

aduyai…!

Salam Maal Hijrah 1430

Salam… Dah seminggu rupanya aku tak udpate blog… Balik kampung lagi… Hehehe… Kampung tak de internet… Sepanjang kat kampung tu aku ada la terima sms ucapan Maal Hijrah…

Semoga Allah jadikan pagimu cahaya
zuhurmu gembira
asarmu bahagia
maghribmu keampunan
isyakmu keberkatan
dan doamu dimakbulkan
dan diluaskan rezeki
dan dibuka padamu pintu
syurga tanpa sempadan
SELAMAT TAHUN BARU 1430 HIJRAH

Teruja aku bila membacanya… Maka aku pun mengarang semula nak hantar kepada pengirim sms ni…

Salam Maal Hijrah 1430…
Semoga kita lebih tabah dalam mengharungi kehidupan dan berhijrah ke arah yang lebih baik…

Aku pun menekan button send… Skali keluar…

Message failed. Please check your servis provider…

Hah, kredit tak de la plok…

aduyai…!

Angkasawan Ballpen dan Angkasawan Pensil…

spacepen

spacepen


Apabila NASA mula-mula menghantar angkasawan ke angkasa
mereka segera mendapati bahawa ballpoint pen
tidak dapat digunakan di ‘zero gravity’…
Untuk menyelesai masalah ini
saintis NASA menghabiskan sedekad
dan peruntukan sebanyak $12 bilion
untuk mereka sejenis pen yang mampu menulis di ‘zero gravity’
menulis dalam keadaan terbalik,
menulis dalam air,
dan apa saja permukaan termasuk kaca
dan daripada suhu tahap beku sehingga tahan kepada kepanasan sehingga 300 C.

MANAKALA…

Angkasawan Rusia hanya menggunakan pensil…

spacepencil

spacepencil

aduyai…!

Balik KL…

RM35 : Minyak (hujung bulan dengarnye turun lagi… Caya laaah!)

RM3.80 : 2 tin nescafe (selalunya RM2.00 setin, jimat 20 sen)

RM2.90 : (Ikut jalan belakang, rawang baru masuk PLUS)

RM500 – RM600 : Aircond kete rosak (anggaran aje, harap lebih murah, esok petang nak hantar repair huhuhu)

Priceless : aduyai…!

Kenduri Kahwin Saudaraku…

bunga telur zaman sekarang
Aku menemani mak abah dan pakcik makcik aku ke umah kenduri. Mak aku cakap kenduri along… Along? Aku pun tak tau sapa Along tu dan tak bertanya dengan lebih lanjut siapa dia… Dalam kepala aku berharap kenduri tu akan berkonsepkan hidangan bukannya buffet… Tapi ternyata meleset sama sekali…

Sementara menunggu mak abah berbual mesra dengan keluarga pihak pengantin, aku bertanya kepada pakcik aku siapa along ni… Maka panjang lebar la pakcik aku citer… Siap susur galur lagi… Hish ternyata hancur lebur aku ni bila part susur galur keluarga sendiri…

Samada kita sedar atau tidak, kenduri dan hari raya sahaja la tempat kita berkumpul dan bertemu sanak saudara… Hari-hari lain semuanya sibuk dengan urusan masing-masing… Keluarga belah mak aku, aku kenal la jugak… Belah abah aku, hancusss… Pernah satu kenduri tu, aku diperkenalkan dengan sepupu abah aku, umur sepupu abah aku tu dah 40an dan ini bermakna dah 40 tahun lebih aku baru berjumpa dengan sepupu abah aku tu… Fuuuh…

Bila sendirian ni terfikir gak kesilapan aku dulu-dulu… Ye la bila mak abah ajak gi kenduri kawin saudara tak nak pergi… Malas la… Itu laaa… Ini laa… Hah sekarang saudara mara sendiri pun dah tak kenal… Kang termengorat, terbergaduh dengan saudara sendiri baru tau…

aduyai…!

Balik Kampung…

Jumaat lepas aku balik kampung… Pukul 10 malam bertolak dari KL. Perjalanan ok walaupun sedikit mengantuk… Sampai kampung dalam pukul 1.00 pagi, abah mak dah tidur… Aku telefon abah minta buka pintu…

Abah buka pintu dan aku terkejut tengok abah aku dah kurus dan muka nampak masih penat…

Pagi masa sarapan aku berbual dengan mak abah, berat abah turun 8 kg dan semasa di Tanah Suci abah tak berapa selera, ditambah lak batuk dan sehingga entri ni ditulis abah masih tak lalu makan…

Aku doa dan berharap kalian juga mendoakan kesejahteraan mak abah aku…

Hmm abah aku lebih kurus daripada aku…

aduyai…!

3 Jam 20 Minit Lewat…

 

3.00 pagi

3.00 pagi


Alhamdulillah aku baru je balik dari KLIA, mak abah selamat sampai ke tanah air. Cuma nasib baik dapat maklumat awal ketibaan lewat, jadi tak la terjebak menunggu lama kat sana. Ikutkan jadual 10.40 malam tetapi kapal terbang mendarat dalam pukul 2.00 pagi… Apapun yang penting semuanya selamat, sihat dan ceria…

Ooh ye satu perkara yang aku perasaan ramai yang terlupa di mana mereka parking kereta. Aku lak ingat kat mana aku parking kereta tetapi tersilap medan letak kereta lak, parking kat medan C TERpergi ke medan A & B… Jenuh jugak la dibuatnya…

aduyai…!

Selamat Kembali Ke Tanah Air…

jadual ketibaan

Rombongan pertama Haji selamat menjejakkan kaki di bumi Malaysia… Esok mak bapak aku pun akan pulang… Selamat kembali diucapkan kepada semua rakyat Malaysia yang menunaikan haji di Tanah Suci.

Sepanjang mak bapak aku kat sana, ada la gak dia orang telefon, tapi bila letak jer baru teringat nak pesan doakan aku cepat dapat jodoh… Hish memang tak sampai seru lagi tu…

aduyai…!

Hingga Hujung Nyawa…

silat

Akhirnya ada gak jemputan kahwin untuk aku hadiri… Dah lama woo tak makan ayam masak merah… Walaupun hujan membasahi bumi, namun majlis tetap meriah! Tahniah dan selamat pengantin baharu pada teman sepejabat… Semoga berkekalan ke hujung nyawa…

ayam masak merah

Aku? Belum sampai seru lagi…

aduyai…!

3 hari yang panjang…

garu

Aku terlibat dalam satu program sebagai urusetia… Sebenarnya jadual tak la padat sangat, yang buat terasa lama tu sebab malam tido lewat… Huhuhu… Fuuh program ok, mantap dan layan…

Banyak input yang menarik sepanjang tiga hari program… Satu petikan yang menarik dari salah seorang penceramah iaitu:

Tiada tangan dan kuku yang dapat menggaru sebaik tangan dan kuku mu sendiri, maka garulah sendiri…

Ini kalau isteri tau ni confirm dia orang guna alasan ni untuk tak nak tolong garu belakang suami lagi huhuhu 

aduyai…!