Archive for the ‘makan’ Tag

Warung Saga…

Semalam aku ke Johor Baharu, ada urusan kerja. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik. Sebelum balik, rakan mengajak singgah di sebuah warung. Warung Saga. Unik dan menarik. Warung ini dipenuhi dengan gambar-gambar lama kerabat diRaja, pemimpin-pemimpin negara, dan yang paling menarik perhatian aku ialah gambar-gambar artis era Allahyarham P.Ramlee.

image0781
image083
image081

Ooh ye makanan kat sini sedap-sedap gak…

Hidangan pertama

Hidangan pertama

Hidangan kedua

Hidangan kedua

Hidangan ketiga

Hidangan ketiga

Fuuh… Sedap memang sedap… Rakan aku cakap sate pun sedap, tapi ari tu tak jual lak… Kalau tak… Makan lagi…

aduyai…!

Advertisements

Open house oh open house

Pagi – open house – makan banyak gak…

Tengahari – open house – boleh tahan la makan…

Petang – open house – tak la banyak sangat makan…

Malam – open house – makan sikit jer…

Tengah malam – open house – terpaksa makan gak, jaga hati tuan umah…

Lewat malam – sakit perut = bilik termenung

Subuh – sakit perut = bilik termenung

Pagi – terpacak depan mini market – beli pil chi-kit teck aun – lega skit

Tengahari – open house – risau nak makan – minum je

Petang – open house – takut2 nak makan – minum aje

Malam – open house – teringin nak makan – minum lagi

Sudahnya satu hari aku tak makan…

aduyai…!