Archive for the ‘sarapan’ Tag

Balik Kampung…

Jumaat lepas aku balik kampung… Pukul 10 malam bertolak dari KL. Perjalanan ok walaupun sedikit mengantuk… Sampai kampung dalam pukul 1.00 pagi, abah mak dah tidur… Aku telefon abah minta buka pintu…

Abah buka pintu dan aku terkejut tengok abah aku dah kurus dan muka nampak masih penat…

Pagi masa sarapan aku berbual dengan mak abah, berat abah turun 8 kg dan semasa di Tanah Suci abah tak berapa selera, ditambah lak batuk dan sehingga entri ni ditulis abah masih tak lalu makan…

Aku doa dan berharap kalian juga mendoakan kesejahteraan mak abah aku…

Hmm abah aku lebih kurus daripada aku…

aduyai…!

Gumbira dalam keciiiwa…

image099
7.45 pagi tadi aku gerak ke Temerloh ada urusan kerja. Singgah di Genting Sempah untuk sarapan. Makanan agak kureng. 9.55 pagi sampai pekan Temerloh dan dalam 10.05 pagi mula presentation. Penerimaan yang baik. 10.40 mula pencarian aku mencari kedai makan yang sedap di pekan Temerloh tapi hampeh… Singgah di satu kedai tu, aduyai… Dari selera nak makan terus jadi tak selera… Aku pun tak tau macam mana aku boleh masuk kedai tu, kotor tu… Aduuuh… Menyesal…. Maka dengan keciiiiwaa aku gerak balik ke KL.

12.20 tengahari aku sampai Damansara Utama, settlekan hal dalam 15 minit dan bergerak ke Kajang untuk satu lagi urusan.

Kesimpulannya outstation kali ni gumbira dengan hasil presentation tapi keciiwa dengan makanan…

aduyai…!