Archive for the ‘klia’ Tag

Aku Dapat SMS, Dia Terima Email…

Ini sms yang aku terima…

“SHELL PROMOSI’
Tahniah kard sim
Anda tlh di Pilih
Bertuah Meraih
HADIAH UTAMA
dr Shell.Sdn.bhd.
RM15,000.00
Sila dail ditalian
0145522997
TQ.

Aku tak call tetapi membalas sms itu dengan maki hamun… Geram punya pasal…

email
Ini pula email yang member aku terima…

Email dari syarikat quicksilvercourierexpress mengatakan ada barang atas nama member aku tetapi tersangkut di Kastam KLIA kerana di dalamnya terdapat duit. Jadi untuk membolehkan barang-barang dan duit tu dikeluarkan, member aku ni kena bayar RM4,460. Dia call minta tolong aku. Aku call syarikat tu tanya macam mana aku nak amik barang tu dan nak bayar duit tu kat sapa? Dia kata dia akan email maklumat. Member aku pun check email, skali dia bagi personal account bank bukannya account bank syarikat, aku dah mula rasa lain macam. Aku pun call la kengkawan yang keje kastam hinggalah ke MasKargo. Menurut pengawai tersebut ini adalah penipuan. Dah banyak kes macam ni… Dan dah ramai yang terkena… Aiiya ini macam pun ada ka?

aduyai…!

Advertisements

3 Jam 20 Minit Lewat…

 

3.00 pagi

3.00 pagi


Alhamdulillah aku baru je balik dari KLIA, mak abah selamat sampai ke tanah air. Cuma nasib baik dapat maklumat awal ketibaan lewat, jadi tak la terjebak menunggu lama kat sana. Ikutkan jadual 10.40 malam tetapi kapal terbang mendarat dalam pukul 2.00 pagi… Apapun yang penting semuanya selamat, sihat dan ceria…

Ooh ye satu perkara yang aku perasaan ramai yang terlupa di mana mereka parking kereta. Aku lak ingat kat mana aku parking kereta tetapi tersilap medan letak kereta lak, parking kat medan C TERpergi ke medan A & B… Jenuh jugak la dibuatnya…

aduyai…!

Selamat Kembali Ke Tanah Air…

jadual ketibaan

Rombongan pertama Haji selamat menjejakkan kaki di bumi Malaysia… Esok mak bapak aku pun akan pulang… Selamat kembali diucapkan kepada semua rakyat Malaysia yang menunaikan haji di Tanah Suci.

Sepanjang mak bapak aku kat sana, ada la gak dia orang telefon, tapi bila letak jer baru teringat nak pesan doakan aku cepat dapat jodoh… Hish memang tak sampai seru lagi tu…

aduyai…!