Gumbira dalam keciiiwa…

image099
7.45 pagi tadi aku gerak ke Temerloh ada urusan kerja. Singgah di Genting Sempah untuk sarapan. Makanan agak kureng. 9.55 pagi sampai pekan Temerloh dan dalam 10.05 pagi mula presentation. Penerimaan yang baik. 10.40 mula pencarian aku mencari kedai makan yang sedap di pekan Temerloh tapi hampeh… Singgah di satu kedai tu, aduyai… Dari selera nak makan terus jadi tak selera… Aku pun tak tau macam mana aku boleh masuk kedai tu, kotor tu… Aduuuh… Menyesal…. Maka dengan keciiiiwaa aku gerak balik ke KL.

12.20 tengahari aku sampai Damansara Utama, settlekan hal dalam 15 minit dan bergerak ke Kajang untuk satu lagi urusan.

Kesimpulannya outstation kali ni gumbira dengan hasil presentation tapi keciiwa dengan makanan…

aduyai…!

12 comments so far

  1. aida on

    yelah kan, makanan boleh membentuk hati kata orang… kalau sedap mcm makan sardin & ikan bilis goreng pun, x kecewa punya… mungkin kita kena tengok selalu rancangan Jalan2 Cari Makan baru boleh jumpa kedai yang betul2 sedap.. mahal x per, janji tekak mesti kena pnya !

  2. gerektua on

    aida:
    yapz btul tu kak… Saya ni kalau gi tempat orang jer, mesti nak explore mknan kat tempat tu… hehehe… Hmm ya ranc tu byk gak membantu, bkn sj pada penonton tp juga pada pengacaranya iaitu membantu membesarkan lagi badan pengacara hehehe
    aduyai…!

  3. nurcahaya on

    uikkk…nie mcm jalan2 pasti makan..kekeke…
    “membantu membesarkan pengacara” mcm mengata ja..x baik tau…jeles la tu….

  4. gerektua on

    nurcahaya:
    hehehe bkn mengata, mengumpat jer hahaha

  5. Bayan on

    Tempat makan kalau bersih, makan ikan bilis ngan kicap pun sedap. Kalau kotor, kamu hidang ayam panggang pun tak lalu.

  6. gerektua on

    bayan:
    itu la dia… sepatutnya soal kebersihan ni menjadi agenda utama… bayangkan kat kaunter bayar blh ada lak tayar spare kete terperusuk kt situ… blum lagi pemandangan masa nak gi toilet… aduyai…!

  7. umialia on

    kalau di temerloh cuba di muara – dekat perhentian bas tepi sungai-bukan yg esplanade. atau boleh cuba rest house punya -sedap gak atau payah lagi , gi la ke seri malaysia temerloh gerenti tak kecewa.
    dua dua ni dekat dengan masjid temerloh .dekat sungai pahang.kalau hari minggu tpt tu ada pekan sari/pekan sehari.
    lagi satu landmark terdekat nak cari tpt ni, cari petronas atau pejabat tabung haji.

  8. gerektua on

    umialia:
    waah info yang bagus… InsyaAllah kalau ke sana lagi, sy pasti pergi! Terima kasih atas info ada itu… Pandu dengan cermat, anda mampu mengubahnya…

  9. adiospunk on

    ye lah,
    tah apa kedai yg kau masuk tu ..
    kan biasa kat sana ada tulis gred A , gred B , Gred C
    siap ada ikut kaler lagi dan grade kebersihan kedai makan tu.

    Sian orang temerloh kau kate tempat diorang pengotor.

  10. gerektua on

    adiospunk:
    hehehe cool bro… kedai yg aku masuk tu tak de gred langsung… kalau ada gred, akan diletakkan di dinding kedai or di satu sudut kedai yang pelanggan blh nampak…

    pendapat aku ni tidak bermaksud menggambarkan keseluruhan temerloh tu kotor, cuma ingin menyatakan kedai itu kotor dan harap di masa hadapan aku (khususnya) lebih peka bila masuk sesuatu kedai tidak kira di mana jua aku berada… Ok bro?

  11. loko9691963 on

    ooo.kdi mana tu..biarkanku pergi..huhu..ape boleh buat,rezeki kita hari tu..

  12. gerektua on

    loko:
    ntah aku pn kelupaan namanya… hehehe rezeki utk tuan kedai tu jugak..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: