Archive for the ‘sms’ Tag

Aku Dapat SMS, Dia Terima Email…

Ini sms yang aku terima…

“SHELL PROMOSI’
Tahniah kard sim
Anda tlh di Pilih
Bertuah Meraih
HADIAH UTAMA
dr Shell.Sdn.bhd.
RM15,000.00
Sila dail ditalian
0145522997
TQ.

Aku tak call tetapi membalas sms itu dengan maki hamun… Geram punya pasal…

email
Ini pula email yang member aku terima…

Email dari syarikat quicksilvercourierexpress mengatakan ada barang atas nama member aku tetapi tersangkut di Kastam KLIA kerana di dalamnya terdapat duit. Jadi untuk membolehkan barang-barang dan duit tu dikeluarkan, member aku ni kena bayar RM4,460. Dia call minta tolong aku. Aku call syarikat tu tanya macam mana aku nak amik barang tu dan nak bayar duit tu kat sapa? Dia kata dia akan email maklumat. Member aku pun check email, skali dia bagi personal account bank bukannya account bank syarikat, aku dah mula rasa lain macam. Aku pun call la kengkawan yang keje kastam hinggalah ke MasKargo. Menurut pengawai tersebut ini adalah penipuan. Dah banyak kes macam ni… Dan dah ramai yang terkena… Aiiya ini macam pun ada ka?

aduyai…!

Jangan SMS Aku…!

antara sms yang aku terima...

antara sms yang aku terima...


Mula-mula sekali dua jer aku terima sms mcm ni, tapi makin lama makin banyak… Adakah pengguna DG shj ke atau korang pengguna pkhidmatan lain pun dapat jugak…?

Yang lagi sakit hati tu, kebanyakan sms ni masuk time aku tido! Fuuh hangin jer… Menguji kesabaran sungguh…!

aduyai…!

Pernahkah Anda…?

Pernahkah anda…?
Menaip text sms panjang lebar sehingga lenguh ibu jari… Pastu lak berhenti sejenak nak menyambung ayat yang panjang lebar tu… Ditambah lagi terpaksa membacanya sekali lagi untuk memastikan ayat yang ditaip tu betul dan difahami… Setelah abis, anda menekan button send dgn penuh kondifen dan dalam pada masa yang sama peluh jantan meleleh kerana begitu fokusnya anda menaip text sms yang panjang lebar tu…

Tak lama kemudian… Anda menerima balasan sms itu iaitu
k

k? k aje? Huuuh… Pernahkah anda melaluinya…?

aduyai…!

Salam Maal Hijrah 1430

Salam… Dah seminggu rupanya aku tak udpate blog… Balik kampung lagi… Hehehe… Kampung tak de internet… Sepanjang kat kampung tu aku ada la terima sms ucapan Maal Hijrah…

Semoga Allah jadikan pagimu cahaya
zuhurmu gembira
asarmu bahagia
maghribmu keampunan
isyakmu keberkatan
dan doamu dimakbulkan
dan diluaskan rezeki
dan dibuka padamu pintu
syurga tanpa sempadan
SELAMAT TAHUN BARU 1430 HIJRAH

Teruja aku bila membacanya… Maka aku pun mengarang semula nak hantar kepada pengirim sms ni…

Salam Maal Hijrah 1430…
Semoga kita lebih tabah dalam mengharungi kehidupan dan berhijrah ke arah yang lebih baik…

Aku pun menekan button send… Skali keluar…

Message failed. Please check your servis provider…

Hah, kredit tak de la plok…

aduyai…!

Demam…

Slimut jgn x slimut.
Kang jadi mcm aku payah.

Dah sihat?

Terima kasih rakan dan rakan. Sms yang cukup bermakna. Aku memang jenis yang susah nak demam. Tapi bila sekali demam… Aduyai…! Punya la lama nak baik. Perkara yang aku lakukan untuk bagi cepat baik ialah berselubung dalam selimut, memakai baju tebal dan stokin. Bila bangun je badan berpeluh dan sedikit kebah.

Harap esok pagi aku baik sepenuhnya kerana banyak keja menanti…!

aduyai…!