Archive for Februari 2009|Monthly archive page

Seks 9?

little caliphs

Adakah itu singkatan yang tepat untuk seksyen?

aduyai…!

Advertisements

Sikiiiit Je Lagi…

rostrum
Fuuh penatnya…
Event semakin hampir…
Yang penatnya melayan kerenah…
Siapkan tugasan mengikut present yang lepas…
Tadi baru lepas preview dan ada perubahan lagi…

Fuuh penatnya…
Yang bestnya, bos main sebut je…
Nak tambah yang itu…
Nak tambah yang ini…

Fuuh penatnya…
Pagi esok dah mula raptai…
Semua benda yang diminta perlu disiapkan untuk raptai…

Fuuh penatnya…
Nak mandi…
Tak nak baring-baring…
Risau terlelap…
Keje tak siap..

Fuuh penatnya…
Sikiiit je lagi…

aduyai…!

Bangsawan Puteri Sakdung…

Petang tadi, ketika sedang berbaring-baring mencari mood nak mandi, aku belek la sms-sms dalam hp aku. Ada 2844 sms yang tak dibuang… Aku pun belek dan buang satu persatu… Belek punya belek, buang punya buang, skali terperasaan satu sms jemputan teater dari kawan baik aku… Aiiyarrk, hari ni last day tu…!

Bangsawan Puteri Sakdung

Demi kengkawan aku pun bergegas siap dan gerak ke sana…

Sepanjang persembahan memang layan ar… Tahniah buat kawan baik aku…! Cuma yang agak menganggu ialah sikap segelintir penonton yang asyik kuar masuk, dah la asyik berlaku bahagian depan tempat aku duduk…

Allo kawan… Saya tau la ini teater percuma, tarak bayar punya… Tapi kena hormat juga laa… Bukan saja pada penonton lain, tapi juga sama itu pelakon… Ini macam punya orang pun ada ka…

aduyai…!

Jangan SMS Aku…!

antara sms yang aku terima...

antara sms yang aku terima...


Mula-mula sekali dua jer aku terima sms mcm ni, tapi makin lama makin banyak… Adakah pengguna DG shj ke atau korang pengguna pkhidmatan lain pun dapat jugak…?

Yang lagi sakit hati tu, kebanyakan sms ni masuk time aku tido! Fuuh hangin jer… Menguji kesabaran sungguh…!

aduyai…!

Berapa Banyak Kepala Daa…

pentas
Sebuah persiapan di sebuah majlis…

Individu ini: Haaa letak kat situ cantik…

Individu itu: Baik letak sini…

Individu lain yang ini: Tepi lagi bagus…

Individu lain yang itu: Letak tengah-tengah lagi…

Individu yang sorang lagi ini: Bila keje mau siap daa…

Individu yang sorang lagi itu: Berapa banyak kelapa kepala daa…

Individu ini: aduyai…!

Kelapa Mahal Oooo Sekarang…

gambar ini diamik oleh Lai Voon Loong

gambar ini diamik oleh Lai Voon Loong


Thaipusam
– kavadi
– pecah kelapa
– cuti

Haa cuti pilihan aku…! Tapi interprestasi mak aku lain sungguh ‘kelapa mahal ooo sekarang…’

aduyai…!

Lebatkah Hujan Itu?

 

dalam perjalanan balik ke opis...

dalam perjalanan balik ke opis...

Eeeeiii lipas...

Eeeeiii lipas...

Aaarrgh ratatouille...

Aaarrgh ratatouille...

Haaa, salah satu motor tu motor aku...

Haaa, salah satu motor tu motor aku...

aduyai…!