Archive for the ‘kursus’ Tag

Baru Kutahu…

bahasa isyarat
Minggu lepas aku mengikuti kursus asas bahasa isyarat…
Kursus diadakan selama 5 hari…
Sepanjang kursus baru aku tahu rupanya bahasa isyarat setiap negara mempunyai kelainan…
Ini kerana perbezaan budaya, cara hidup dan lain-lain lagi…
Bagi Malaysia dahulunya kita menggunakan American Sign Language, sekarang kita mempunyai bahasa isyarat kita sendiri iaitu Malaysia Sign Language…
Dan baru kutahu juga bahasa isyarat ini juga mempunyai loghat… Sebagai contoh di Kelantan bahasa isyarat agak berbeza…

Terkesan dengan salah satu sesi apabila penceramah mengatakan…
‘Apakah perkara pertama yang dilakukan apabila menyambut anak lahir?’
‘Azan atau qamat’, serentak jawapan dari peserta
‘Tapi kami tidak dapat lakukannya…’, balas penceramah…

aduyai…!