Amat sesak…

Highway jammed
Jalan biasa jammed
Jalan shortcut jammed

Aku tengah berhenti rehat selepas mengharungi hampir sejam setengah dari Sri Petaling menuju ke Bukit Antarabangsa…
Perjalanan seterusnya adalah sebuah perkampungan yang indah di Perak…
Memandangkan jammed ya amat, maka aku nak tido dulu, 2-3 pagi baru gerak balik kampung…

aduyai…!

Advertisements

Sepupu Sepapat Sepapan…

PEKERJA-PEKERJA BARU DI SEBUAH AGENSI…

Meja yang sana tu ANAK SEDARA si polan bahagian A…
Meja yang depan pintu tu SEPUPU si polan bahagian B…
Meja yang bertentangan stor tu DUA SEPUPU si polan bahagian C…
Meja yang dekat tingkap tu ANAK TIRI si polan bahagian D…
Meja yang sebelah bilik mesyuarat tu SEPUPU ANAK TIRI si polan bahagian D jugak…
Meja yang besar tu CUCU SEDARA si polan bahagian E…

aduyai…!

Sudah Tiba Masanya…

Rambut aku panjang…
Sengaja dibiarkan panjang…
Dah lama tak simpan sampai panjang…
Walaupun pada aku belum beberapa panjang…
Tapi kebanyakan yang melihat mengatakan panjang…
Jadi aku pun cari la gambar potongan rambut yang tak berapa panjang…
Untuk ditunjukkan pada tukang gunting rambut untuk memotong rambut aku yang panjang…

gaya satu

gaya satu


gaya dua

gaya dua


gaya tiga

gaya tiga


gaya empat

gaya empat


gaya lima

gaya lima


gaya enam

gaya enam

Eeerrk gaya enam?

aduyai…!

Aku Terjebak…!

mafia
Aku suka main game…
Tapi tak la tahap gila sangat…
Kerana layan tido masih menduduki ranking pertama dalam hidup aku…
Huhuhuhu
Cuma buat masa sekarang ni aku terjebak dengan satu game…
Nak gi turun makan pun malas

aduyai…!

Macam Tak Percaya…

Hari ni genap setahun aku kerja di sebuah agensi…
Genap setahun!
Fuuh berdasarkan rekod-rekod keje aku sebelum ni, tak pernah aku kekal di tempat yang sama dalam masa setahun…
Sentiasa berhijrah ke tempat-tempat lain tetapi masih mengekalkan bidang keje yang sama…
Di sini aku mula merasa lemau dan mual…
Mungkin aku perlukan tempat yang baru…
Mungkin aku yang perlu berubah…
Macam tak percaya dah genap setahun rupanya…

aduyai…!

Perjalanan Sehelai MEMO…

memo
Sehelai MEMO di satu agensi

Pemohon tulis MEMO pada 2 April…

Pihak Pentadbiran sah dan luluskan MEMO pada 7 April…

Pihak yang dipohon terima pada 10 April…

Hello agensi ni bukannya besar mana pun…

aduyai…!

Lagu Kegemaran…

muzik1
Aku ada lagu kegemaran aku…
Dia ada lagu kegemaran dia…
Kamu ada lagu kegemaran kamu…

Tetapi apabila lagu kegemaran kamu itu dipasang setiap hari dari Isnin hingga Jumaat… Dari pukul 9 pagi hingga ke 5 petang… Dan hampir 2 bulan berlarutan…

Boleh muntah dibuatnya…

aduyai…!

Kata Isteri Kawan Aku…

robot
Kata isteri kawan aku: Kehidupan kita ni macam robot… Bangun pagi gi keje, petang balik keje, jaga anak, lahirkan anak dan itulah yang kita lalui setiap hari…

Kata kawan aku: tapi robot tak boleh beranak…

Kata aku: aduyai…!

Berdampinglah Dengan Ku Wahai Si Mambang…

Di manakah dikau…?
Marilah bersama aku…
Aku memerlukanmu…

Idea oooh idea…
Marilah mendampingi aku…

arrrrgggh aku perlukan idea untuk keje aku ni…

aduyai…!

60 Minit Aje…

lilin

Jangan lupa ye esok tutup lampu… 830 malam sampai 930 malam aje… Eeeer bagi yang sedang memandu lak macam mana ye?

aduyai…!