Angkasawan Ballpen dan Angkasawan Pensil…

spacepen

spacepen


Apabila NASA mula-mula menghantar angkasawan ke angkasa
mereka segera mendapati bahawa ballpoint pen
tidak dapat digunakan di ‘zero gravity’…
Untuk menyelesai masalah ini
saintis NASA menghabiskan sedekad
dan peruntukan sebanyak $12 bilion
untuk mereka sejenis pen yang mampu menulis di ‘zero gravity’
menulis dalam keadaan terbalik,
menulis dalam air,
dan apa saja permukaan termasuk kaca
dan daripada suhu tahap beku sehingga tahan kepada kepanasan sehingga 300 C.

MANAKALA…

Angkasawan Rusia hanya menggunakan pensil…

spacepencil

spacepencil

aduyai…!

25 comments so far

  1. indrasakty on

    Rasional (pilih satu):

    (a) Russia tidak pernah membocorkan rahsianya kepada NASA bahawa pensil boleh digunakan tanpa ragu-ragu di sana.

    (b) NASA tak mampu berfikir sejauh Russia tentang kemampuan sebatang pensel berbanding pen mata bola.

    (c) Pensil tidak cool digunakan di angkasa.

    (d) NASA hebat dan akan menghasilkan ciptaan yang menyelesaikan apa juga masalah, berbanding ambil langkah pemalas seperti Russia.

    (e) Lain-lain. Nyatakan _____

  2. gerektua on

    indrasakty:
    jawapan aku… kadangkala kesederhanaan itu blh juga menyelesaikan masalah…

  3. buzzybug on

    ahhhaaa… benda simple. tapi x per, ada ciptaan baru…

  4. aishah on

    Mungkin risau catatan tidak tahan lama kalau guna pensel. NASA mahukan report yang kekal lama, tahan lasak dan terang sentiasa. Mungkin.

    NASA ada lebih peruntukan kut.🙂

  5. tupat on

    laa ye ker.. guna pensel jer.. aduyaaiiiii….

  6. gerektua on

    buzzybug:
    yapz ciptaan baru, tp jika difikirkan semula dlm masa sedekad dia org nk mencipta pen tu, mcm mana angkasawan seblm ni bt catatan…

    aishah:
    yapz mungkin juga… 12Billion… Untuk satu pen… Hmm mmg lebih peruntukan… aduyai…

    tupat:
    aduyai…!

  7. demang on

    hahaha. aduyaiii..

  8. wandalini on

    sbenanye nasa tu ngade² konon nak tunjuk terer…

  9. gerektua on

    demang:
    huhuhu aduyai…!

    wandalini:
    hehehe masa sedekad, $12billion hmm mmg terer…

  10. spenderman on

    $12 billion bukannya semua abih nak buat pen… $11.999 billion kena songlap laaa… macam tak biasa pulak…

  11. syahrilkadir on

    gerektua
    artikel kau ni memang gerekkkkkkk
    tulah, kekadang benda kecil bila diperbesarkan jadilah benda bodoh yang layak digelak-gelakkan
    keep on writing gerektua, wa support lu!

  12. en_me on

    iye, me tengok kat astro minggu lepas.. gerekk sehhh, salammmz

  13. IEJA on

    gune pen subsidi je sign surat….xtau bape hengget pen tuh..tp x smpi 12billion tuh

  14. lydiarayyan on

    sengal

  15. lydiarayyan on

    indrasakty: aku rasa sebab yang ke-3 paling tepat

  16. Najwa Aiman on

    Kesian… maknanya Dr. Sheikh Muzafar hari tu cuma dapat sebatang pensel je la ek? Next time dia kena join kapal angkasa Amerika la.. baru boleh dapat pen 12 billion.. pastu jual… aduyai…!

  17. umaralfateh on

    hihi…
    rusia sangat best…
    depa suka antik2 ni.. dan depa tak suka membazir pada benda yang tak perlu..

    macam gerabak metro(PUTRA-LRT ) kat sini ada yang sudah lebih 30 tahun, reka bentuk zaman dulu2, depa masih kekalkan..

    bagi saya yang melihat perkembangan ilmu di sini, sangat suka cara begini, tidak perlu membazir banyak-banyak, asalkan boleh diguna, itu yang terbaik..

    mereka walaupun ada teknologi, jika selagi sesuatu tu boleh digunakan, mereka tidak akan menukarnya melainkan jika ianya sudah terbukti menyusahkan banyak pihak, jika lebih banyk manfaatnya, mereka akan kekalkan..🙂

  18. gerektua on

    spenderman:
    hehehe mcm biasa jer…. hahaha aduyai…

    syahrilkadir:
    waah tq mr otai… hehehe

    en_me:
    salam… tgk apa tu en_me?

    ieja:
    kalau pen subsidi ni jawatan besor2 gak tu huhuhu

  19. gerektua on

    lydiarayyan:
    US or rusia yg sengal? hehehe

    najwa aiman:
    kalau Dr SMS bawa balik pen tu, jawabnya tak gi ceramah la… hehehe aduyai…

    umaralfateh:
    yapz bagus gak mcm tu… nanti blh apply tapak warisan dunia unesco…

  20. aishah on

    gerek, saya tag gerek…kalau rajin layankan eh!@ thanks.🙂

  21. gerektua on

    aishah:
    blh je… tp kt ne ye nk tgk tag tu…

  22. aishah on
  23. kotakitam (Aki) on

    Salam Gerek,

    Hah tulah! Aki pun heran napelah derang tak terpikir nak gunakan pensel dari mula lagi! Kaler krayon pun ada! Kan senang!😛

  24. gerektua on

    aishah:
    td dh usha… insyaAllah akan diusahakan tp mungkin mkn masa lama skit coz byk gak soalan tu hehehe

    kotakitam:
    entah la… mungkin terlalu excited sgt hingga terlupa barang di sekeliling dia org yang blh digunapakai…

  25. IEJA on

    lydiarayyan : ke aku yg sengal tet??


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: