Kenduri Kahwin Saudaraku…

bunga telur zaman sekarang
Aku menemani mak abah dan pakcik makcik aku ke umah kenduri. Mak aku cakap kenduri along… Along? Aku pun tak tau sapa Along tu dan tak bertanya dengan lebih lanjut siapa dia… Dalam kepala aku berharap kenduri tu akan berkonsepkan hidangan bukannya buffet… Tapi ternyata meleset sama sekali…

Sementara menunggu mak abah berbual mesra dengan keluarga pihak pengantin, aku bertanya kepada pakcik aku siapa along ni… Maka panjang lebar la pakcik aku citer… Siap susur galur lagi… Hish ternyata hancur lebur aku ni bila part susur galur keluarga sendiri…

Samada kita sedar atau tidak, kenduri dan hari raya sahaja la tempat kita berkumpul dan bertemu sanak saudara… Hari-hari lain semuanya sibuk dengan urusan masing-masing… Keluarga belah mak aku, aku kenal la jugak… Belah abah aku, hancusss… Pernah satu kenduri tu, aku diperkenalkan dengan sepupu abah aku, umur sepupu abah aku tu dah 40an dan ini bermakna dah 40 tahun lebih aku baru berjumpa dengan sepupu abah aku tu… Fuuuh…

Bila sendirian ni terfikir gak kesilapan aku dulu-dulu… Ye la bila mak abah ajak gi kenduri kawin saudara tak nak pergi… Malas la… Itu laaa… Ini laa… Hah sekarang saudara mara sendiri pun dah tak kenal… Kang termengorat, terbergaduh dengan saudara sendiri baru tau…

aduyai…!

11 comments so far

  1. buzzybug on

    adakah itu hadiah utk pengantin?

    saya pun sama… x berapa kenal sedara… sama laa alasannya… mak ajak pi kenduri malas nak pi… hoho…

    tapi, setakat ni, sepupu tu suma saya kenal laaa… maybe diorg yg x kenal saya…

  2. Bayan on

    Kalau kat kg saya percaya kenduri kawen memang orang akan fikir ‘jumpa siapa’ daripada ‘makan apa’.

    Silaturrahim semakin pudar semasa majlis perkahwinan akibat buffet, dj yang memekak dan mungkin situasi hotel atau dewan sebaguna.

  3. gerektua on

    buzzybug:
    ooh bukan, itu hadiah dari tuan rumah kepada tetamu… hehehe sama la kita cuma bezanya sy tak kenal sepupu aduyai….!

    Bayan:
    yapz btul tu, teringin sgt nk gi kenduri makan hidang, buffet ni tak best, semua bt hal masing2…

  4. aishah on

    saya cucu sulung di belah mak dan number 3 di belah ayah. so semua sepupu wajib kenal along ni. kalau tak kenal nanti tak dapat duit raya!😛

  5. gerektua on

    aishah:
    hehehe otai tu… duit raya? nak gak…

  6. nurcahaya on

    salam…

    zaman sekarang nie..semua org sibuk dgn hal masing2..sbb 2 hubungan silaturahim semakin renggang….kekadang saudara mara sendiri pun hanya datang makan ..lepas 2 balik..so macam mana hubungan nak erat…sebagai saudara mara seeloknya kita turun padang tolang apa yg patut…dari situ hubungan yg renggan boleh dieratkan…yg x kenal pun boleh kerkenal2…

    nowdays mmg banyak yg buat konsep buffet..sebab apa???..sebab x da org nk tolong…mana la sempat kalau semua tuan rumah nk handle….

  7. wandalini on

    tu la.. sile kenali sedare anda…~~ kang tetibe terjadi awek ke.. tak ke naya beb..

  8. gerektua on

    wandalini:
    minta dielakkan huhuhu

  9. gerektua on

    nurcahaya:
    byk kena kt aku tu huhuhu aduuyaaaaai…!

  10. nurcahaya on

    ahaks…
    sori la kalau rasa macam bg ceramah pulak…
    hanya pandangan sahaja…

  11. gerektua on

    nurcahaya:
    hehehe tarak hal la… biasa la tu… aduyai…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: