Betul ke…?

ini bukan gambar aku...

ini bukan gambar aku...


Seorang teman mengatakan kepada aku:

Lelaki Melayu ni tak kemas…
Selekeh…
Kadangkala baju tak gosok…
Seluar koyak…
Ada gak yang tak pakai deodarant, apatah lagi minyak wangi…
Rambut lak tak letak minyak, sikat pun tak, serabai jer…
Kononnya nak tunjukkan empunya diri tu orang yang sederhana…
Tapi hampeh…

Betul ke…?

aduyai…!

26 comments so far

  1. alberangque on

    Pertama: Lelaki dalam gambar itu bukan lelaki melayu. Kalau melayu pun bukan yang tulen tapi kacukan.
    Kedua: Bukan semua lelaki melayu serebeh tapi memang ada. Lelaki cina ke, india ke mata saleh ke ramai juga yang serebeh.
    Ketiga: lelaki melayu yang smart ramai juga kalau tak percaya pergilah ke sekolah pagi isnin hari persekolahan. Atau ke pejabat kerajaan atau koprat. Akan terlihat nanti lelaki melayu yang kacak . Cik gu lelaki lah tu. Pegawailah tu atau CEOlah tu.
    Oleh itu kita tak boleh buat satu generalisasi tentang hal seperti ini.

  2. Bayan on

    Secara umumnya mungkin ya. Apa pun, pakaian yang bagaimana yang kamu kenakan kenalah bersih dan berbau ‘bersih’.

    Yang dikatakan selekeh pada pandangan saya ialah berpakaian tak kena gaya. Ikut fesyen terkini dan stail idola tertentu tanpa memikirkan sama ada ia sesuai atau tidak dengan diri pemakai dan budaya serta agama yang dikendongnya.

    Saya mengkategorikan sesetengah remaja kita sebagai selekeh. Iaitu remaja yang suka berpeleseran dengan stail pakaian yang stylo kononnya. Tapi, sorry to say, nampak macam ada yang tak kena. Selekeh. Kasihan diorang.

  3. gerektua on

    alberangque:
    Pertama : Gambar tu hanyalah hiasan semata-mata…
    Kedua : Yapz saya setuju tp fokus pada lelaki Melayu aje hehehe
    Ketiga : Saya pasti saudara adalah salah seorang daripadanya

  4. gerektua on

    Bayan:
    Pakaian bersih dan berbau ‘bersih’… Hmm menarik… Itu mangsa fesyen namanya hehehe

  5. zuriaf on

    aku bukan macam tu…lelaki kacak cam aku mana buleh buat macam tu sumer..haha

  6. buzzybug on

    saya tanya balik, betul ke?

  7. gerektua on

    buzzybug:
    kalau ko tanya jawapan aku, maka jawabnya bergantung pada keadaan, persekitaran, masa dan tempat…

  8. gerektua on

    zuriaf:
    hehehe lelaki kacak dibandingkan dengan brad pitt atau dibandingkan dengan jalil hamid?
    beb burn la kat aku movie knight rider… hehehe

  9. mirhans on

    ehem..bukan semua. betul cakap gerektua bergantung pada keadaan, persekitaran, masa dan tempat.

  10. go4halal on

    Biasa yang serebeh tu ialah Jutawan (terutama Jutawan Internet)…sebab tak perlu jumpa pelanggan. Yang menyemat habis ni biasa pemutar belit…nak tunjuk dia kaya dan mampu tapi awas! duit dia berada dalam kocek kita…

  11. elizsue on

    ok la tu…dari lelaki metrosexual…
    less maintenance…a friend of mine have said, lelaki metrosexual ni dah byk yg g*y..klu x pun, Bi..yucks!

  12. elizsue on

    setuju ngan Bayan tentang remaja skang ni…salah 1 faktor malas nak p shopping complex during weekend sebab dowg ni la..nt x sengaja TER-kutuk pulak..

  13. ainunlmuaiyanah on

    kata org sederhana itu cool tapi kalau sederhana pun tak leh nak bawa pergi majlis atau mana-man pun susah juga.

    tidak payah terlalu over. asalkan bersih, kemas dan berbau wangi sabun cukuplah

    hehe
    yeke?

  14. gerektua on

    elizsue:
    metrosexual? g*y? Bi?… aduyai…

    (sila baca dalam nada terkejuuuut)

  15. gerektua on

    elizsue:
    TER… kalau TER tak pe.. sebab tak sengaja… hehehe

  16. gerektua on

    ainun:
    hehehe yapz btul tu… pastikan anda tidak menggunakan sabun cap kapak ketika mandi kerana ianya tiada bau…

  17. gerektua on

    mirhans:
    makasih…

  18. gerektua on

    go4halal:
    mcm ada kisah silam yang hitam jer…

  19. demang on

    aku senada dengan go4halal.. bukan boleh percaya sangat orang yang smart2 ni.. mesti ada misi tersembunyi macam abang2 salesman! heheh..

    btw, pernah member dengan mat smart. perghhh.. leceh! nak masuk baju dalam seluar pun punya lah lama! emmm..

  20. aida on

    tak semua lelaki melayu mcm tuu…. dan semua bangsa pun ada jugak …(siapa bilang lelaki melayu x menawan, tak menarik hati, tiada memikat…. nyanyi jap)

  21. nurazah fathirah on

    metrosexual=bergaya

  22. gerektua on

    demang : hehehe yg buat lama tu sebabnya dia org nak masuk baju dalam seluar dalam… hehehe

    aida: yapz tak semua… nyanyi kak jgn tak nyanyi

    nurafazah : memang bergaya tapi maintenance tinggi gak woo…

  23. nurazah fathirah on

    nama panggilan baru😉

  24. gerektua on

    nurazah:
    alamak kesilapan la plok hehehe maaf le ye..

  25. nurazah fathirah on

    getuarek : sedap disebut, tapi takde maknenye………hahaha

  26. gerektua on

    nurazah:
    nama panggilan baru utk sy


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: