Jangan Kejar Aku…!

Masa menghambat aku…
Aku…
Terus berlari…
Masa terus menghambat aku…

aduyai…

Hujan Membasahi Bumi…

penchala link
Hujan membasahi bumi…
Aku di sisi terowong…
Hujan membasahi bumi…
Aku sejuk dalam kepanasan…
Hujan membasahi bumi…
Temujanji ku semakin hampir…
Hujan terus membasahi bumi…
Terus membasahi…

aduyai…!

Hari Tanpa Tembakau Sedunia…

rokok

aduyai…!

MU vs Barca…

barca2006
Yeaah pagi ni bola finale…
Aku ni tak la berapa minat sangat bola-bola ni…
Tapi finale pagi ni kena layan woo…
Paper lak dari minggu lepas asyik highlight pasal ni jer…
Macam best jer…

Mamak Kayu tungguuu pagi ni aku datang sambil pakai jersi pasukan kejor yeop kejor… Eeerr Liga Perdana Malaysia dah abis or masih berlangsung? Aduh jahil tentang perkembangan bola sepak negara sendiri…

aduyai…!

Aku Dapat SMS, Dia Terima Email…

Ini sms yang aku terima…

“SHELL PROMOSI’
Tahniah kard sim
Anda tlh di Pilih
Bertuah Meraih
HADIAH UTAMA
dr Shell.Sdn.bhd.
RM15,000.00
Sila dail ditalian
0145522997
TQ.

Aku tak call tetapi membalas sms itu dengan maki hamun… Geram punya pasal…

email
Ini pula email yang member aku terima…

Email dari syarikat quicksilvercourierexpress mengatakan ada barang atas nama member aku tetapi tersangkut di Kastam KLIA kerana di dalamnya terdapat duit. Jadi untuk membolehkan barang-barang dan duit tu dikeluarkan, member aku ni kena bayar RM4,460. Dia call minta tolong aku. Aku call syarikat tu tanya macam mana aku nak amik barang tu dan nak bayar duit tu kat sapa? Dia kata dia akan email maklumat. Member aku pun check email, skali dia bagi personal account bank bukannya account bank syarikat, aku dah mula rasa lain macam. Aku pun call la kengkawan yang keje kastam hinggalah ke MasKargo. Menurut pengawai tersebut ini adalah penipuan. Dah banyak kes macam ni… Dan dah ramai yang terkena… Aiiya ini macam pun ada ka?

aduyai…!

Mahasiswa Mahasiswi Zaman Sekarang…

old-town-white-coffee
Semalam jumpa member di Old Town Kerinchi…
Di kiri kanan depan belakang meja ramai student…
Hebat dia orang ni…
Semua laptop sorang satu…
Buat assignment kat Old Town sambil kopi cawan kecik yang harga RM2.80…
Perggh… Aku kalau tak kerana member tu yang bayo, rasanya payah gak nak masuk Old Town ni…

Teringat zaman belajar dulu…
Kalau umah (dulu hostel umah kedai) tu ada komputer sebijik pun dah kira hebat tu…
Kalau ada printer skali dah dikira tahap dewa tu… Huhuhu
Zaman dah jauh berubah…

aduyai…!

Baru Kutahu…

bahasa isyarat
Minggu lepas aku mengikuti kursus asas bahasa isyarat…
Kursus diadakan selama 5 hari…
Sepanjang kursus baru aku tahu rupanya bahasa isyarat setiap negara mempunyai kelainan…
Ini kerana perbezaan budaya, cara hidup dan lain-lain lagi…
Bagi Malaysia dahulunya kita menggunakan American Sign Language, sekarang kita mempunyai bahasa isyarat kita sendiri iaitu Malaysia Sign Language…
Dan baru kutahu juga bahasa isyarat ini juga mempunyai loghat… Sebagai contoh di Kelantan bahasa isyarat agak berbeza…

Terkesan dengan salah satu sesi apabila penceramah mengatakan…
‘Apakah perkara pertama yang dilakukan apabila menyambut anak lahir?’
‘Azan atau qamat’, serentak jawapan dari peserta
‘Tapi kami tidak dapat lakukannya…’, balas penceramah…

aduyai…!

Hmmm Herba Special…?

Aku berpeluang pergi ke MIHAS di Matrade…
Maka bermula acara berjalan-jalan dari satu dewan ke dewan, melihat produk-produk yang dipamerkan…
Tatkala sampai di satu booth negara China yang tertera nama Snowy Special Herbs…
herba special

Cuba korang tengok tanda harga herba tu… Baru nak bertanya khasiatnya, si penjaga booth dah terangguk-angguk… Jawabnya hentikan laa… Confirm dia tak paham aku tanya apa, aku tak paham dia jawab apa… Tapi harga herba tu amat menangkap aku… Sanggupkah korang beli herba tu atau korang beli honda city ke vios ke…?

aduyai…!

Suatu Ketika Dolu…


Bila tengok semula video-video klip ni rasa lawak pun ada…
Tapi pada zaman tu kira gempak ar…
Lagipun time tu aku bebudak hingusan lagi…
Terjebak jugak la ikut style dia org ni…
Huhuhuhu…

aduyai…!

Fasa Baru…

cincin
Kuiramakan TA
Kaulagukan WAU
Kunyanyikan NUN
Kautarikan ALIF
Kupahatkan NUN
Kausematkan NGA
Kusangkakan 6 bulan
Rupanya setahun

aduyai…!