Aku Dapat SMS, Dia Terima Email…
Ini sms yang aku terima…
“SHELL PROMOSI’
Tahniah kard sim
Anda tlh di Pilih
Bertuah Meraih
HADIAH UTAMA
dr Shell.Sdn.bhd.
RM15,000.00
Sila dail ditalian
0145522997
TQ.
Aku tak call tetapi membalas sms itu dengan maki hamun… Geram punya pasal…
![]()
Ini pula email yang member aku terima…
Email dari syarikat quicksilvercourierexpress mengatakan ada barang atas nama member aku tetapi tersangkut di Kastam KLIA kerana di dalamnya terdapat duit. Jadi untuk membolehkan barang-barang dan duit tu dikeluarkan, member aku ni kena bayar RM4,460. Dia call minta tolong aku. Aku call syarikat tu tanya macam mana aku nak amik barang tu dan nak bayar duit tu kat sapa? Dia kata dia akan email maklumat. Member aku pun check email, skali dia bagi personal account bank bukannya account bank syarikat, aku dah mula rasa lain macam. Aku pun call la kengkawan yang keje kastam hinggalah ke MasKargo. Menurut pengawai tersebut ini adalah penipuan. Dah banyak kes macam ni… Dan dah ramai yang terkena… Aiiya ini macam pun ada ka?
aduyai…!
10 comments so far
Tinggalkan maklum-balas
Nak tipu pun agak-agak la…dah dapat duit tapi kena keluar modal dulu baru dapat bungkusan duit tu…
lebih baik ambil loan ASB confirm nak dapat bila, 2,5,10,15 tahun? siap tarikh lagi bila ‘due’. hehehe
sebaliktabir:
yg herannya ramai gak yang terkena… mbr aku ni kira nyaris2 gak la… yeah layan ASB pn ok gak… yang penting selamat
akak pun ada dpt sms yg sama dr Shell..
delete trus..
salam ziarah
kalau dpt lagi sms camtu…abaikan aje….
gerammm kannns..
menyakitkan hati jek kan!
ikut logik jugak la..
x masuk mana² peraduan takkan sesonang itu nak dpt $
rozita:
bukan dari shell kak.. tp dari penyangak… aduyai…
aida:
kena maki2 dulu kak, baru leh abaikan huhuhu
en_me:
yeeww amatzz gereeemzz
oney:
itu la dia… tp yg herannya ada gak yg terjebak tu… aduyai..
Salam.
Saya pon pernah dapat..tapi dari petronas.
aduyai..!
hidet:
dia org ni spesies org minyak kot…
emm..ade lagi hebat. kol dr bank negara msia. siap ade departmnt khas lg. bile kol pun ade smbungn bank negara..tp last2 tipu…hati2 la. my frens dah selamat dah ditipu