Arkib bagi Hari 21 Disember 2008

Kenduri Kahwin Saudaraku…

bunga telur zaman sekarang
Aku menemani mak abah dan pakcik makcik aku ke umah kenduri. Mak aku cakap kenduri along… Along? Aku pun tak tau sapa Along tu dan tak bertanya dengan lebih lanjut siapa dia… Dalam kepala aku berharap kenduri tu akan berkonsepkan hidangan bukannya buffet… Tapi ternyata meleset sama sekali…

Sementara menunggu mak abah berbual mesra dengan keluarga pihak pengantin, aku bertanya kepada pakcik aku siapa along ni… Maka panjang lebar la pakcik aku citer… Siap susur galur lagi… Hish ternyata hancur lebur aku ni bila part susur galur keluarga sendiri…

Samada kita sedar atau tidak, kenduri dan hari raya sahaja la tempat kita berkumpul dan bertemu sanak saudara… Hari-hari lain semuanya sibuk dengan urusan masing-masing… Keluarga belah mak aku, aku kenal la jugak… Belah abah aku, hancusss… Pernah satu kenduri tu, aku diperkenalkan dengan sepupu abah aku, umur sepupu abah aku tu dah 40an dan ini bermakna dah 40 tahun lebih aku baru berjumpa dengan sepupu abah aku tu… Fuuuh…

Bila sendirian ni terfikir gak kesilapan aku dulu-dulu… Ye la bila mak abah ajak gi kenduri kawin saudara tak nak pergi… Malas la… Itu laaa… Ini laa… Hah sekarang saudara mara sendiri pun dah tak kenal… Kang termengorat, terbergaduh dengan saudara sendiri baru tau…

aduyai…!

Balik Kampung…

Jumaat lepas aku balik kampung… Pukul 10 malam bertolak dari KL. Perjalanan ok walaupun sedikit mengantuk… Sampai kampung dalam pukul 1.00 pagi, abah mak dah tidur… Aku telefon abah minta buka pintu…

Abah buka pintu dan aku terkejut tengok abah aku dah kurus dan muka nampak masih penat…

Pagi masa sarapan aku berbual dengan mak abah, berat abah turun 8 kg dan semasa di Tanah Suci abah tak berapa selera, ditambah lak batuk dan sehingga entri ni ditulis abah masih tak lalu makan…

Aku doa dan berharap kalian juga mendoakan kesejahteraan mak abah aku…

Hmm abah aku lebih kurus daripada aku…

aduyai…!